Friday, 1 June 2012

Bila LeLaki Kehilangan Tulang Rusuk



WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa? 
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang 
rusukku.


    Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,
   Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang
   rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi
   merasakan sakit di hatinya...

   Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk
   sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan
   masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi
   membosankan.

  Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan
  cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai
  menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA
  lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak
  cintakan saya lagi!!!".

 LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga
 berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang
 rusukku!!!"

 Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

 LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang
 telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air
 mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad
 untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi
 Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing". 

 Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha
 mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi
 sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. 
 LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

 Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
 hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
 
 Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana
 banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah
 dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan
kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu
nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah. 
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

 Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang
 korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan
 kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah
 kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia
 patahkan.

 Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.
 Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang
 dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah
 terlambat...

 Oleh itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh
 hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata
 yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?  Kalau merasa akan
 menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar
 risiko untuk kehilangan orang yang dicintai. Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan
    
sebanding dengan akibat yang akan diterima??





No comments:

Post a Comment